Saturday, July 4, 2009

wedding 30/05/2009









penggunaan warna gold dan putih menampakkan suasana yang mewah pada majlis perkahwinan yang berlangsung di taman desa jaya, kuala terengganu. ahmad albab enterprise (AAE) telah menyediakan perkhidmatan sewa kanopi, meja bagi acara makan beradab pengantin dan juga meja tetamu berserta VIP. hiasan latar belakang (backdrop) pada kanopi pengantin dan VIP memaparkan kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. pelanggan boleh mengemukakan idea hiasan pilihan atau berbincang dengan AAE untuk mendapatkan hasil yang terbaik. AAE akan berusaha untuk merealisasikan impian pelanggan dengan perkhidmatan kami yang terbaik. scallop yang dihias menghiasi kanopi dan juga meja VIP serta meja bagi acara makan beradab pengantin juga dibuat dengan teliti dan kemas agar pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan AAE. berikut adalah gambar kanopi, meja bagi acara makan beradab pengantin, meja VIP, dan meja tetamu. kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

No comments:

Post a Comment