









ahmad albab enterprise (AAE) telah menyediakan perkhidmatan sewa kanopi dan peralatan katering pada majlis perkahwinan yang telah berlangsung pada 05/06/2009 di kuala ibai, kuala terengganu.
AAE telah menyediakan tiga jenis kanopi yang berbeza mengikut kehendak pelanggan, iaitu kanopi lauk dan tetamu, kanopi untuk acara makan beradab pengantin, dan kanopi untuk pelamin.
AAE juga telah menyediakan meja dan kerusi untuk para tetamu, meja makan beradab untuk pengantin, dan juga meja untuk upacara memotong kek.
selain itu, AAE juga menyediakan perkhidmatan sewa peralatan katering, pinggan dan gelas untuk tetamu, set makan beradab eksklusif untuk pengantin dan VIP dan macam-macam lagi mengikut keperluan anda.
warna tema bagi majlis perkahwinan tersebut adalah maroon dan hijau pucuk pisang. pemilihan dua warna yang kontras ini telah mewujudkan satu kesan yang ceria dan menarik di majlis tersebut.
AAE sentiasa berusaha untuk menyediakan khidmat yang terbaik buat pelanggan dan semestinya menyediakan perkhidmatan yang dijamin akan memuaskan hati pelanggan.
berikut adalah gambar meja untuk upacara memotong kek, meja makan beradab pengantin, kanopi untuk acara makan beradab pengantin, dan kanopi untuk pelamin.
No comments:
Post a Comment