









warna tema bagi majlis perkahwinan di gong badak, kuala terengganu ini adalah putih dan maroon. ahmad albab enterprise (AAE) telah menyediakan perkhidmatan sewa kanopi dan peralatan katering untuk tetamu dan juga VIP. bagi majlis ini, AAE menyediakan tiga jenis hiasan meja yang berbeza, iaitu meja untuk tetamu, meja untuk tetamu VIP, dan juga meja untuk acara makan beradab pengantin. setiap meja dihias dengan teliti untuk kepuasan pelanggan. hiasan latar belakang (backdrop) di meja bagi acara makan beradab pengantin juga menampakkan suasana yang eksklusif dan menarik. pelanggan boleh menyatakan citarasa dan keinginan mereka, dan AAE akan merealisasikan impian pelanggan tersebut. berikut adalah gambar meja makan bagi acara makan beradab pengantin, meja makan VIP, meja makan tetamu serta kanopi bagi tetamu dan juga VIP.
No comments:
Post a Comment