










keistimewaan scallop yang menghiasi kanopi dan juga meja tetamu, meja VIP serta meja pengantin pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 11/06/2009 di paloh, kuala terengganu adalah penggunaan kain lace sebanyak tiga lapisan (layer). penggunaan kain lace sebanyak tiga layer menampakkan suasana mewah dan eksklusif. untuk majlis perkahwinan ini, ahmad albab enterprise (AAE) telah menyediakan scallop mengikut kehendak pelanggan. satu lagi kelainan yang boleh dilihat ialah bentuk meja bagi acara makan beradab pengantin yang berbentuk "L". bagi meja tetamu pula, meja bulat telah digunakan. setiap meja dihias dengan teliti dan kemas untuk menjamin kepuasan pelanggan. penggunaan meja bulat juga diperluaskan bagi meja VIP. manakala bagi meja makanan dan minuman, AAE menggunakan meja segiempat yang panjangnya berdasarkan jumlah meja yang diminta oleh pelanggan. AAE juga menyediakan perkhidmatan sewa peralatan katering. pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat pelayan atau penanggah dan AAE menawarkan servis yang terbaik untuk membantu melicinkan perjalanan majlis anda. berikut adalah gambar kanopi tetamu, kanopi VIP dan pengantin, meja bagi acara makan beradab pengantin, meja VIP, meja tetamu, dan meja makanan serta minuman.
No comments:
Post a Comment