Sunday, July 5, 2009

ahmad albab enterprise (AAE)

  • ahmad albab enterprise (AAE)

ahmad albab enterprise menyediakan perkhidmatan;

i) sewa kanopi dan peralatan majlis
ii) katering buffet / hidang
iii) PA sistem
iv) hiasan meja dan bunga
v) tempahan lauk pauk pengantin
vi) cooling fan
vii) homestay

AAE menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

kepuasan anda keutamaan kami

sila klik pada post untuk melihat contoh perkhidmatan yang kami tawarkan

sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan;

pejabat : 096666443
en ahmad abdul wahab (abang mat) : 0139804117
emel : aaeenterprise@gmail.com

Saturday, July 4, 2009

wedding 30/05/2009









penggunaan warna gold dan putih menampakkan suasana yang mewah pada majlis perkahwinan yang berlangsung di taman desa jaya, kuala terengganu. ahmad albab enterprise (AAE) telah menyediakan perkhidmatan sewa kanopi, meja bagi acara makan beradab pengantin dan juga meja tetamu berserta VIP. hiasan latar belakang (backdrop) pada kanopi pengantin dan VIP memaparkan kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. pelanggan boleh mengemukakan idea hiasan pilihan atau berbincang dengan AAE untuk mendapatkan hasil yang terbaik. AAE akan berusaha untuk merealisasikan impian pelanggan dengan perkhidmatan kami yang terbaik. scallop yang dihias menghiasi kanopi dan juga meja VIP serta meja bagi acara makan beradab pengantin juga dibuat dengan teliti dan kemas agar pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan AAE. berikut adalah gambar kanopi, meja bagi acara makan beradab pengantin, meja VIP, dan meja tetamu. kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

wedding 11/06/2009 - white & purple












keistimewaan scallop yang menghiasi kanopi dan juga meja tetamu, meja VIP serta meja pengantin pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 11/06/2009 di paloh, kuala terengganu adalah penggunaan kain lace sebanyak tiga lapisan (layer). penggunaan kain lace sebanyak tiga layer menampakkan suasana mewah dan eksklusif. untuk majlis perkahwinan ini, ahmad albab enterprise (AAE) telah menyediakan scallop mengikut kehendak pelanggan. satu lagi kelainan yang boleh dilihat ialah bentuk meja bagi acara makan beradab pengantin yang berbentuk "L". bagi meja tetamu pula, meja bulat telah digunakan. setiap meja dihias dengan teliti dan kemas untuk menjamin kepuasan pelanggan. penggunaan meja bulat juga diperluaskan bagi meja VIP. manakala bagi meja makanan dan minuman, AAE menggunakan meja segiempat yang panjangnya berdasarkan jumlah meja yang diminta oleh pelanggan. AAE juga menyediakan perkhidmatan sewa peralatan katering. pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat pelayan atau penanggah dan AAE menawarkan servis yang terbaik untuk membantu melicinkan perjalanan majlis anda. berikut adalah gambar kanopi tetamu, kanopi VIP dan pengantin, meja bagi acara makan beradab pengantin, meja VIP, meja tetamu, dan meja makanan serta minuman.

wedding 06/06/2009 - pink & baby blue






warna pink dan baby blue menjadi warna tema bagi majlis perkahwinan yang berlangsung di seberang takir, kuala terengganu. kombinasi warna yang ceria mewujudkan suasana majlis yang ceria dan meriah. ahmad albab enterprise (AAE) menyediakan perkhidmatan yang pasti akan memuaskan hati pelanggan. meja VIP pada majlis ini berbentuk bulat dan dihias indah mengikut warna tema pilihan pelanggan. AAE telah menyediakan dua jenis khemah untuk majlis ini, iaitu khemah VIP dan pengantin, dan juga khemah tetamu. peralatan untuk memasak untuk disewa juga disediakan oleh AAE sekiranya pelanggan ingin memasak sendiri untuk jamuan makan pada majlis perkahwinan. meja bagi acara makan beradab pengantin juga disediakan oleh AAE. berikut adalah gambar kanopi bagi tetamu dan VIP serta pengantin, meja tetamu, meja VIP, dan meja bagi acara makan beradab pengantin.

wedding 06/06/2009 - white & purple









majlis perkahwinan yang berlangsung pada 06/06/2009 di wakaf tengah, kuala terengganu bertemakan warna putih dan ungu. ahmad albab enterprise (AAE) menyediakan perkhidmatan sewa kanopi, dan peralatan katering untuk tetamu, VIP dan juga pengantin. keunikan meja VIP pada majlis ini adalah penggunaan meja berbentuk segiempat yang disusun membentuk satu lingkungan mirip huruf "U". meja untuk acara memotong kek pula diletakkan di tengah-tengah lingkungan meja tersebut. AAE juga menyediakan perkhidmatan sewa peralatan katering untuk majlis tersebut. kepuasan pelanggan adalah keutamaan AAE. AAE akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. berikut adalah gambar meja tetamu, meja VIP, meja acara makan beradab pengantin, dan kanopi.

wedding 06/06/2009 - white & maroon











warna tema bagi majlis perkahwinan di gong badak, kuala terengganu ini adalah putih dan maroon. ahmad albab enterprise (AAE) telah menyediakan perkhidmatan sewa kanopi dan peralatan katering untuk tetamu dan juga VIP. bagi majlis ini, AAE menyediakan tiga jenis hiasan meja yang berbeza, iaitu meja untuk tetamu, meja untuk tetamu VIP, dan juga meja untuk acara makan beradab pengantin. setiap meja dihias dengan teliti untuk kepuasan pelanggan. hiasan latar belakang (backdrop) di meja bagi acara makan beradab pengantin juga menampakkan suasana yang eksklusif dan menarik. pelanggan boleh menyatakan citarasa dan keinginan mereka, dan AAE akan merealisasikan impian pelanggan tersebut. berikut adalah gambar meja makan bagi acara makan beradab pengantin, meja makan VIP, meja makan tetamu serta kanopi bagi tetamu dan juga VIP.

wedding 05/06/2009



























































































ahmad albab enterprise (AAE) telah menyediakan perkhidmatan sewa kanopi dan peralatan katering pada majlis perkahwinan yang telah berlangsung pada 05/06/2009 di kuala ibai, kuala terengganu.
AAE telah menyediakan tiga jenis kanopi yang berbeza mengikut kehendak pelanggan, iaitu kanopi lauk dan tetamu, kanopi untuk acara makan beradab pengantin, dan kanopi untuk pelamin.
AAE juga telah menyediakan meja dan kerusi untuk para tetamu, meja makan beradab untuk pengantin, dan juga meja untuk upacara memotong kek.
selain itu, AAE juga menyediakan perkhidmatan sewa peralatan katering, pinggan dan gelas untuk tetamu, set makan beradab eksklusif untuk pengantin dan VIP dan macam-macam lagi mengikut keperluan anda.
warna tema bagi majlis perkahwinan tersebut adalah maroon dan hijau pucuk pisang. pemilihan dua warna yang kontras ini telah mewujudkan satu kesan yang ceria dan menarik di majlis tersebut.
AAE sentiasa berusaha untuk menyediakan khidmat yang terbaik buat pelanggan dan semestinya menyediakan perkhidmatan yang dijamin akan memuaskan hati pelanggan.
berikut adalah gambar meja untuk upacara memotong kek, meja makan beradab pengantin, kanopi untuk acara makan beradab pengantin, dan kanopi untuk pelamin.